Sunday, 10 November 2013

Pencuri Hatiku 1

Nama aku Darwisha. Aku pelajar jurusan teknologi makmal perubatan dekat satu universiti tempatan. Result tak gempak, so tak dapatlah nak penuhkan cita-cita belajar dekat oberci. Aku seorang yang agak boyish tapi aku bukan pengkid! Aku tak de boyfriend sebab pada aku waktu study adalah untuk study bukan untuk menggatal sana sini cari pakwe. Prinsip hidup aku mudah, "biar capai cita-cita dulu, kahwin nanti-nanti". Selama hari ni my life going smooth and silky. Sampailah satu hari, semuanya berubah gara-gara dia...

      "Assalamualaikum," sapa satu suara. Aku pun angkat muka dari tengok buku yang elok terletak depan mata aku. Muka lelaki yang tegur aku tu aku pandang dengan sedalam-dalamnya. Siapa dia ni? Apehal tegur aku?

      "Wa'alaikumussalam. Kenapa ye?" aku tanya selamba. Pelik aku tengok mamat ni tiba-tiba tegur orang.


      "Awak ni pelajar dekat sini ke? Maafkan saya, saya nak cari pejabat. Dekat mana ye?" Loh, nak tanya rupanya. Aiyakk!! Ingat aku kaunter pertanyaan ke? Tak apalah, orang dah tanya jawab jelah baik-baik..


      "Pejabat dekat belakang bangunan ni. Awak masuk lalu pintu belakang, that's why awak tak jumpa pejabat," terangku. Lelaki depan aku ni angguk-angguk kepala. Aku senyum jelah. Lepas cakap 'thanks' dia pun hilang ke arah pejabat yang aku tunjukkan tadi. Aku pun buat tak peduli jelah, biarlah dia...


      "Wisha, siapa tadi tadi?" tanya Sherry, budak satu coursemate dengan aku. Aku malas nak jawab soalan budak gedik ni, so aku angkat bahu jelah. Tu pun kira aku jawab jugaklah, kan? Walaupun tak bersuara?


      "Eleh kau ni nak belagak pula. Mentang-mentang dia tegur kau, kau ingat kau tu dah cukup cantik ke? Eh pengkid, kau tu tak layaklah untuk dia. Dia tu hensome, macho, bergaya, bukan macam kau ni pengkid tak jadi," kutuk Sally yang dari tadi berdiri tegak macam tugu negara dekat belakang Sherry. Diorang berdua ni memang satu gu. Suka sangat nak mengutuk orang.


      "Eh, aku tak kacau hidup korang pun, kan? Yang korang tiba-tiba datang sini, kutuk-kutuk aku ni pehal? Dah aku cakap aku tak tahu, maknanya aku tak tahulah. Dia cuma tanya je kat mana pejabat. Aku tunjukkanlah. Tak de maknanya aku nak beramah mesra dengan dia. Tak kuasa aku," aku mula naik angin. Ha, nilah penyakit aku. Bila benda tu aku tak berkenan je, mood aku terus swing dan seboleh mungkin aku akan mengamuk. Ni pun aku rasa lagi satu sebab kenapa tak ada kaum adam nak dekat dengan aku.


      "Dahlah. Malas aku layan korang ni. Menyakitkan jiwa sungguh!" aku laju je nak gerak tinggalkan budak dua orang ni. Tapi tak jauh aku melangkah, aku pusing balik.


      "Walaupun aku macam ni, aku tak pernah rendahkan maruah aku tergedik-gedik dengan lelaki sana sini, tau. Kau panggillah aku pengkid tak jadi sekali pun, aku kisah apa. As long as aku tak pakai baju sendat sana sini, nampak segala shape yang tak sepatutnya orang lain nampak. Kadang-kadang aku terfikir, kesian kat suami korang, dapat sisa pandangan orang lain," habis je aku cakap macam tu, aku pun blah. Tapi telinga aku belum pekak tok dengar bunyi high heel dihentak kuat ke lantai. Nasib koranglah high heel, lantai oii.. Kena hentak kuat macam tu. Hati aku mula gelak jahat.

***
BILA aku melangkah masuk ke bilik kuliah, aku terus duduk dekat port biasa aku. Mana lagi kalau tak dekat baris depan sekali, betul-betul menghadap skrin projektor. Tu memang tempat aku, aku suka sangat duduk dekat situ sebab depan lecturer. Ilmu pun, In Shaa ALLAH banyak masuk.

      "Wei, kau kat mana tadi? Apasal aku cari kau tak jumpa?" Ryzal terus ambil tempat sebelah aku. Ryzal ni bestfriend aku, sejak dari sekolah menengah lagi. Girlfriend dia semua dalam poket aku. Rahsia dia, tak payah cakap banyaklah. Memang aku tau dari A-Z. Kitorang memang bestbuddy, sampai ada yang mulut-mulut longkang tu cakap kitorang ni ada affair. Aku dengan Ryzal? Memang taklah!

      "Kat mananya? Dekat tempat standart akulah, dekat belakang block tu. Tapi tadi aku blah awal, tak tahan panas hati," sinis suara aku sambung ayat akhir bila aku perasan Sherry dengan Sally melangkah masuk. Ryzal pulak tersenyum penuh makna. Pahamlah tu apa yang aku maksudkan.

       "Woi, korang tahu tak hari ni ada lecturer baru gantikan Madam Noni. Lelaki. Budak-budak ni kata handsome," tak de salam, tak de hi, Que tiba-tiba bersuara. Aku pun tak perasan dari mana munculnya budak Que ni. Que ni pun bestfriend aku juga. Tapi tak adalah selama aku dengan Ryzal. Aku kenal Que ni pun masa dekat u ni.

      "Kalau handsome, kenapa? Kau jatuh hati," aku mengusik. Ryzal bantai gelak. Que pula, buat muka tak puas hati.

      "Kau ni Wisha, cakap baik-baik sikit. Aku ni straight lagi tau. Tak nak aku jadi Kaum Ad. Nabi tak mengaku umat nanti," Que bersuara geram. Aku dengan Ryzal dah bantai gelak. Tapi tak lama bila aku perasan lecturer dah melangkah masuk. Terus aku tarik lengan baju Que duduk dekat sebelah aku. Kalau tak, lesaplah budak lelaki ni keluar ikut pintu belakang. Que memang alergik sikit dengan kelas Haematology.

      "Assalamualaikum dan selamt petang. Saya akan gantikan Puan Noni yang dipindahkan ke cawangan lain. Nama saya Firdy Hazim, kamu boleh panggil saya Hazim," jap-jap-jap, suara itu macam biasa ku dengar saja, tapi di mana ya? Aku mengangkat muka yang dari tadi aku merenung lantai. Erk?? Tu bukan mamat yang tanya office dekat aku tadi ke? Lecturer aku rupanya. Cis!

      "Kalau we all nak panggil Encik Firdy boleh tak?" tergedik-gedik suara Sherry bertanya. Que dengan Ryzal dah buat muka menyampah. Aku apa lagi, bukan takat menyampah, kalau boleh muntah hijau, dah muntah dah aku dekat sini.

      "Nope! Panggil Encik Hazim je," Selamba Encik Hazim ni cantas soalan Sherry. Budak-budak kelas aku pun bantai gelaklah termasuklah aku. Waktu tu pulalah Encik Hazim ni nak pandang arah aku. Muka dia macam terkejut nampak aku, tapi dia cover la.

      "Ok. Hari ni saya tak nak mengajar. Saya cuma nak berkenal-kenalan je dengan kamu semua. Selain tu, saya pun nak tahu dah sampai chapter mana kamu belajar," sambung Encik Hazim lagi. Lepas tu dia mula lah soal selidik, nama penuh, asal dan macam-macam lagi.

      Bila sampai tang aku, aku mengeluh. Malas betul nak kenalkan diri ni..

      "Nama saya Nurul Darwisha Aqila. Panggil Wisha. Saya berasal dari Merlimau, Negeri Sembilan," ringkas dan padat. Tak delah nak tergedik-gedik macam orang lain tu.

       "Kalau saya nak panggil Isha, boleh?" usik Encik Hazim. Aku rasa muka aku dah merah bila tengok senyuman nakal dekat muka dia. Suara deheman aku dengar kuat. Mana taknya, dua orang yang mengapit aku tu yang mulakan deheman dengan senyuman nakal diorang tu. Aikk, sakit jiwa aku!

       "Boleh?" giat Encik Hazim sambil menaik-naikkan keningnya. Aku telan liur. Tak pernah dalam sejarah ada orang panggil aku macam tu. Biar betul dia ni?

       "Suka hati Encik Hazimlah, bukan saya boleh halang pun," akhirnya berjaya juga ayat-ayat tu keluar dari mulut aku. Bukan niat aku nak kurang ajar, cuma tu je yang termampu aku ucapkan. Malu kottt... Elok je dapat greenlight dari aku, Encik Hazim terus suruh aku duduk dan sambung temu bual dengan Que pula. Aku menggaru belakang kepala yang berlitup tudung.

* Lain macam je lecturer baru ni. Dia syok kat kau ke?

       Kertas yang dihulurkan Ryzal aku baca. Terus aku buat muka sambil pandang dia. Mata dia dah bersinar nak mengenakan aku. Laju je aku balas balik...

# Orang gila je suka perempuan macam aku..

* So, kau nak kategorikan encik Hazim ni gilalah ye?

# Kau jangan mengarutlah. Mana mungkin dia syok kat aku. Aku ni kan student dia..

* Aku lelakilah, Wisha. Aku tau perasaan lelaki..

# Kau playboy, lain. Jangan samakan dengan Encik Hazim tu. Dahlah muka dia jambu. Memang taklah jadi pilihan aku.

       Aku berhenti bila dengar deheman dari sebelah kiri aku. Aku pandang Que. Que buat isyarat mata suruh aku pandang depan. Elok aku pandang aku nampak lelaki pakai baju kemeja biru langit, dan haruman Hugo Boss menusuk hidung aku. Erk, Encik Hazim! Laju kertas tu aku simpan dalam beg yang ada dekat pangkuan aku. Encik Hazim hanya memandang. Dia kemudian berjalan balik ke mejanya tanpa bersuara.

       Kalau apa-apa jadi, ni semua salah kau, Ryzal!!!

No comments:

Post a Comment