Tuesday, 12 May 2015

My Practical Life - Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan

Hospital Tengku Ampuan Fatimah (lebih dikenali sebagai Hospital Pekan)

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je lagi aku di bumi Pekan. Alhamdulillah, berjaya juga aku habiskan 4 bulan praktikal dekat sini. Hospital Pekan, satu tempat yang aku rasa tak nak jejak sekali. Hahaha... Bukan sebab tak ada entertainment atau apa, tapi sebab jauh dari family, jauh dari rumah aku.

First impression aku di unit patologi dan tabung darah Hospital Pekan adalah "keciknya lab niiii..." Maklumlah, sebelum ni aku dihantar berpraktikal di Hospital Temerloh, the 2nd biggest hospital in Pahang. Jadi saiz makmal antara dua hospital ni memang banyak bezanya.

Aku ada jugak perasaan takut. Maklumlah, baru first day. Nak kena kenal staff, environment dan banyak lagi. Permulaan memang slow untuk aku. Tapi masalah ni bukan sebab aku kat Pekan, tapi ni memang habit aku dekat mana2 sekali pon. Hehehe...

Mula-mula sekali, aku berkenalan dengan staff. Ya ALLAH, cuak x payah cakap. Muka masing2 kalah harimau! *hehehe, jgn marah*.. Tapi sekarang ni, memang sekepala. Boleh main perli2, lepak sama2, kutuk2 tu memang adatlah. Tapi dalam gila2 tu, batas jaga juga. Sedar juga yg kita ni student je, jgn lebih2 *kalau ter'over' tu minta diampunkanlah*. Staff patologi hospital Pekan memang superb and friendly. Sampai aku rasa, aku happy gila praktikal dekat sini compare dengan Hospital Temerloh *opsss, sorry again*. Sebabnya, Hospital Temerloh punya staff strict sikit, jadi aku tak rapat dengan semua orang. Just few of them.

Environment kerja dekat sini sangatlah best. Dengan pemantauan staff, aku boleh perform test. Staff jugak tak jemu ajar setiap kali aku buat salah. Step by step lagi, walaupun ada beberapa test dan machine tu aku tau nak buat. Tapi orang kata jangan belagak, so setiap kali diorang ajar setiap kali tu juga aku tumpukan perhatian *tapi kadang2, aku main2 juga*. Staff tak lokek ilmu. Aku tanya soalan basic pun, dengan sabar diorang jawab. Tak ada perli2. Lembut je suara masing2 mengajar.

Errmmm, tapi sekarang ni dah tinggal beberapa hari je lagi. Sedih? Memang sedih! Rasa tak puas je praktikal dekat sini. Masa rasa cepat sangat berlalu. Tapi nak buat macam mana, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Dan pengakhiran pembelajaran disini dah sampai masanya. Tapi walau jauh terpisah *5 jam perjalanan kalau naik bas!!!*, ingatan tetap terpahat kemas. Facebook, WhatsApp and WeChat kan ado! Ye tak? Memori Hospital Pekan @ Hospital Tengku Ampuan Fatimah...

Terima kasih Hospital Pekan kerana menerima aku di sini... :)

No comments:

Post a Comment